Diri aku dan Dia?

0 comments
                Assalamualaikum. Nama aku adalah Wildan. Lepasan SPM, batch 01.
Seorang pelajar yang agak sambil lewa tetapi mempunyai cita-cita yang tinggi. 
Aku bukanlah seorang yang berkemahiran dalam bidang penulisan tetapi, ini sahaja
cara yang mampu aku guna untuk meluahkan perasaan aku. Aku ada rakan. Rakan yang
agak rapat tetapi, aku rasa tidak selesa untuk menceritakan perkara seperti ini kepada mereka.
Perkara apa? Cintalah. Sebab aku sedar dengan diri aku sendiri.


               Aku tidak mempunyai konfiden diri yang tinggi. Sering merasakah diri aku ni lemah berbanding yang lain. Jadi keadaan ini memberi efek yang besar dalam kehidupan aku. 


Nak tahu ceritanya?

Semuanya bermula pada akhir tahun 2015. Ada seorang perempuan yang sering memasuki kelas aku.
Menangis-nangis. Sentiasa teresak. Aku pun tak tahu kenapa (izinkan aku guna bahasa yang simple).
Seorang yang agak cantik. Ayu. Manis. Ya. walaupun dia menangis, aku boleh terpikat. Cinta Monyet? aku pun rasa macam tu.Sebab pada waktu tu aku pun masih lagi budak. Belum matang.

Seperti yang aku kata, dia selalu masuk ke kelas aku dengan tangisan. Kenapa dia masuk kelas aku? sebab dia nak luahkan semua yang dia rasa. Pada siapa? kawan baik aku. Idham. Idham adalah seorang yang sangat memahami. Dia seorang yang baik dan sangat caring. Tak peliklah yang budak perempuan tu selalu luahkan kesakitannya pada kawan baik aku tu.

Hampir setiap pagi budak perempuan itu masuk kelas aku duduk sebelah kawan baik aku tu. Kadang-kadang aku jeles jugak sebenarnya. Tapi, apakan daya...hahaha. Aku ni stranger aje. Dia kenal aku pun tidak. 

Satu hari, kawan baik aku, Idham, memperkenalkan aku dengan aplikasi WeChat. Pada awalnya, aku tak minat, tapi lama-lama, main best pulak main apps tu. Sebab boleh chat reramai, tengok status orang and dapat member baru. Jadi si kawan baik aku ni pun, masukkanlah aku dalam satu group sekolah aku. Ramai gila batch aku.ahahaha. So aku pun chat lah macam biasa ramai-ramai tu. tiba-tiba, aku nampak budak perempuan tu chat. Aku pun macam, 'Owh, dia pun ada WeChat'.

She seems very friendly dalam group wechat. Semua kenal dia. Yelah kan, dia adalah pelajar TOP batch aku. Mestilah semua kenal. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, apalah sangat...
Sebab dah minat, aku pun start bertanya pasal dia dekat Idham. Aku pun tahulah serba sedikit pasal dia. Sikit aje lah, tak banyak pun. Aku pun kadang-kadang beranikan diri chat die dalam wechat. Lagi-lagi wakti nak dekat exam akhir tahun. Aku acahlah msg dia tanya pasal apa nak study and skop soalan. AHAHAHAHA. Ye, aku memang licik. Tapi dia macam tak layan sangat. 

Tapi aku tak putus asa. Aku nak jugak tahu pasal dia. Aku tak berapa ingat sangat detail, tapi satu hari tu, aku ada chat dia and dia kata dia tak suka muka aku. AHAHAHA. Ni rejection ke? cepat nak mampus. So the next day, I come to school and meet her. No face to face lah. Kan aku cakap yang dia selalu datang kelas aku pagi-pagi jumpa Idham. So, pagi tu aku datang, dia terus tegur and cakap 'kan aku cakap aku tak suka'. Aku pun macam challenge acceptedlah. Aku seluk poket aku and bawak keluar mask muka yang kita selalu pakai waktu wabak H1N1 tu. Dia gelak ^_^... Dia macam speechless yang aku buat sampai macam tu.ahahha. Sejak pada hari tu, selalu jugaklah aku chat dia.

But, oneday, aku tau yang dia ni sebenarnya ada pakwe. And the worst is, dia punya pakwe adalah kawan baik aku waktu sekolah rendah. It hurts so muchh ko tau tak?. Ya Allah. Hancur berkecai hati aku. Menyangkakan yang aku dah tak da peluang. But yang pelik, aku still chat dia jugak. Because its fun. Aku tak pernah ada kawan perempuan yang layan aku baik gila. She's the first. But! aku takdelah perasan yang dia minat dekat aku. Uish, tak mungkin. Sebab, dia memang friendly dengan ramai orang. termasuklah kelas-kelas bawah.

So, aku tahu yang aku memang takkan dapat dia ni. Tapi, entahlah, aku still minat dengan dia ni. Ya Allah, aku tak tahu lah kenapa tak boleh buang perasaan ni. I tried to have a crush on somebody else but, I can't. As you know, aku kenal dia waktu akhir tahun. Luckily, at the end of the year, my result memenuhi syarat minimum untuk masuk kelas pertama. Ye, kelas sama dengan budak perempuan tu.
Happy? aku tak berapa ingatlah ahahaha.

So, pada tahun 2016, for me atleast, aku rasa yang diri aku dengan dia nih, makin rapat. But still, aku rasa macam inferior to dia punya set TTM aka teman tapi mesra. Aku cuba untuk fit and masuk dalan list TTM dia but I will never reach that. Entahlah apa yang special sangat dengan ttm tuh. Tulah apa yang aku fikir pada waktu tu. ahahaha. I tried so hard doh nak rapat dengan dia, tapi idk if apa yang aku buat tu dia perasaan or not. Aku still tak tahu yang aku berada dekat rank mana dalam hidup dia. Kawan, Kawan baik, Stranger?

Ada satu hari tu, entah macam mana aku tak ingat, dia tanye yang aku suka siapa. Aku blank and jawab aku suka sorang budak yang ada dalam kelas aku. Boleh pulak aku suruh dia teka! Dah kenapa dengan aku ni!>.<..Dia pun sebut satu-satu, aku macam tak bagi respon, sampai satu tahap, dia sebut nama dia sendiri. Aku macam, "#&@%!&#" aku gelabah and aku pick sorang budak dalam kelas aku untuk dijadikan penutup rahsia crush aku? Nama dia Wardah. Sebenarnya, aku pilih dia pun bersebab. Gaya dia sopan. Ayu and cantik. Lemah lembut. Atleast what I thought! Ahahaha. 
And you know it was not a good idea. Really not a good one. Because of I use her name, suddenly this thing like spread tau. Almost all of my classmates know that I like Wardah. Kau rasa? Bende ni semua tak bagus untuk aku ahahaha. So, dalam kelas tu, aku memang tak communicate dengan dia je. Segan kot... Mesti dia fikir pelik-pelik pasal aku.

As budak perempuan tu tahu yang aku minat Wardah, dia selalu tease aku. Kacau aku dengan nama Wardah. Haish. Aku tak selesa hahaha. but its okay. Owh ya, btw, dekat wechat ni, aku ada kenal sorang budak perempuan nama dia Mia. She is a nice girl. Aku selalu lah cerita dekat dia ni pasal budak perempuan tu. Sebab dia perempuan, maybe dia paham. but lama kelamaan, dia pulak yang confess kat aku. Lain yang aku minat, lain pulak yang dapat. hahaha... apalah nasib weyh. So semua ni dah start become a big problem. One day ada jadi salah faham diantara Mia and budak perempuan tu and jadi gaduh besar la jugak? OMG. i can't believe yang aku punca semua ni. Mak aihhh. Pasal gaduh besar tu, aku dah tak ingat pasal apa, tapi apa yang aku tahu, akulah sebabnya.

Budak perempuan tu sebenarnya, dah banyak kali nasihat aku pasal Mia tu. Dia selalu bagi amaran supaya aku jangan rapat sangat. But, ye lah, for someone who doesnt talk to girls often, i know nothing about them. Jadi, aku kenelah tanggung sebab langgar pantang budak perempuan tu. Ahahaha. Aku sebenarnya, banyak jugak gaduh dengan budak perempuan tu. Because aku jeles? Yup. jeles. But dia tak tahu. Aku selalu terasa dengan dia. And kitorang punya style chat pon jenis "Kau hidup lagi ke?". Memang wild lah. So I really dont know apa yang dia fikir pasal aku. 

Aku selalu cakap, "Kalau aku matipun, bukan orang kesah" and die pun jawab "haahkan. mane ade orang kesah"... And aku start moody. HAAH! aku ni hati tisu jugaklah. Tapi tak dengan semua orang. Just dengan orang yang aku minat je tau. ahahaha. As you know, die ni kan friendly gila. So dia, ada selalu chat dengan sorang budak ni. Nama dia, Badrun Amsyar? yeah yeah. Diorang selalu main dadu dalam wechat. Ahahahaha. Aku jeles sebenarnya. And you know what? oneday budak perempuan ni chat aku and cakap yang dia macam ade perasaan kat budak Badrun tu. Aku dah separuh mati dah masa tu. Why duhhh? I tried so hard to get you notice me but still, everytime wechat, ko macam na bunuh aku..T_T

Even die cakap yang dia minat kat si budak badrun tu, dia kata lepas istikharah, perasaan tu macam faded. Alhamdulillah lah faded. But aku still terkesan. Because, budak perempuan tu boleh ada perasaan macam tu lahir. What that Badrun kid buat sampai boleh jadi macam ni? Sweet talker? Idk. From what i know, aku memang have nothing that interest her. Maybe because of our relationship yang agak kabur. Sama ada enemy or friend, still dont know!

Owh ya, aku sebenarnya takut nak confess dekat dia. Taku dengan pakwe dia? nooo... Aku rase die macam dah kurang dengan pakwe die... But still, maybe dia ada lagi perasaan dekat pakwe dia. But the important thing adalah, aku sure tak takut dengan pakwe die. Apa yang aku takut adalah diri die sendiri. Ye. Actually, dulu pernah ada seorang budak yang minat dekat die. Dulu diorang ni rapat. Ketua and penolong kelas. But oneday, the ketua kelas confess, and he got rejected. And budak perempuan tu start ignored him i guest?... Aku taknak semua tu jadi dekat aku. Aku taknak hancurkan relation yang kitorang dah ada ni. Walaupun relation tu kucar-kacir.

Aku ni orag yang pandai serik agaknya. Mungkin sekali tak cukup. Aku jumpa lagi sorang budak wechat. Nama dia Wani and aku save number die sebagai Wanihati... Hmmm, aku pun dah ingat kenapa. Aku start msg dia and tanye die duduk mana. Pahang! satu negeri dengan aku tapi dia duduk kawasan temerloh? Aku pun dah tak ingat. First time, die ingat aku perempuan! Because, dalam contact wechat die, takda sorang pun lelaki kecuali abang dia. But for some reason lepas die tau aku ni lelaki, die tak block aku. Kitorang selalu chat. And aku rasa ni memang skill aku yang pelik. Dia jugak jatuh hati dekat aku... Haish, I really should apa yang budak perempuan tu cakap. And you know what, the reason she fell for me was the same as the reason Mia had. By the way I treat them in while we were chatting. Looks like I've got a good communication skill but only in this SosMed ahahaha. Im the worst. Untuk yang baca ni, sebenarnya, aku bukanlah seseorang yang suka mainkan perempuan or something. No!. It just My way of chatting them was just too good i think?. 

Dan dia adalah my next masalah. Ahahaha... And She knows budak perempuan tu jugak. Because aku yang kenalkan diorang antara satu sama lain. Yup, a Bad idea again. Hidup aku messed up doh. 
I dont know why i kept doing all of the same mistakes. Boleh tak start dari sini, aku panggil crush aku Sarah? bukan nama sebenar tu tapi untuk mudahkan readers. Sarah and Wani ni ada something in common. Diorang pernah couple and tried their hard to forget about their past. Aku pulak, hancurkan sistem FORGET Si Wani tu. Ya Allah, apalah yang aku dah buat. 

2016 dah mencapai pertengahan tahun. Tiba-tiab aku tahu yang Sarah ada problem dengan TTM tak silap. Satu malam tu, dia msg aku menangis-nangis cerita pasal ttm dia. Aku tak ingat pasal apa diorang jadi gini but aku orang yang tak boleh duduk diam. Siapa tak broken dengar crush menangis gitu?. Aku malam tu jugak msg die punye ttm then jumpe diorang to ask them sendiri why jadi macam ni. Aku pujuk diorang ajak jumpa Sarah untuk minta maaf. Susah nak bawak diorang jumpa minta maaf tau. Tapi aku buat juga. And finally diorang nak jugak ikut. But, si Sarah pulak taknak keluar. Hmmm, entahlah. Aku pun tak tau dah nak kata apa. Thank god, at last, diorang berbaik semula. 

Tapi dalam tahun 2016 tu, bukan tu je yang si Sarah ni hadap. Satu hari tu aku tau dia dah nak kena piindah sekolah because her parents suruh. Dia cerita dia fight back and taknak tukar sekolah. Aku ni orang biasa, tak boleh buat apa tapi aku pun taknak die pindah. I cant take it. Entah. Maybe because aku betul-betul dah fall ngan dia? Hahahaha. Kalau lah dia tahu, matilah aku.. but luck was on our side. that sekolah tak terima die tak silap because if she want to pindah, then dia perlu start minta tahun lepas so waktu tu dah macam late sangat. AKu pun relieve gila lah. 

Owh ya, aku pun banyak kali kene block dengan si Sarah ni. Kadang, aku pun tak tau kenapa. Dia block aku takpe, kalau aku block die, memang habislah aku kene marah balik. Hahaha. Cute en. Cute tapi menyakitkan. How can I fall with this type of woman. Terpikat dengan someone so fierce and annoying at the same time. Aku banyak kali terasa dengan dia weyh.

FYI, at the end of the year she supposed to pindah sebab family die ada buat rumah baru. And actually aku pun tahu yang dia dah pindah. Aku sajelah msg dia haritu, aku tanye yang dia ada kat mana. Dia jawab ada kat rumah. Aku tanyelah Rumah mana? dia jawab rumah lama dia. Ahahaha.Entahlah. kenapa bende kecik ni buat aku terasa sangat. Semua dah tahu yang die dah pindah rumah but why die tak bagitahu aku je? Sure aku sedar yang aku ni tak penting. Aku pun start lost contact dengan die. Bukan die je, aku pun lost contach dengan semua orang. Kecuali kawan baik aku. Aku hilang untuk baiki hati aku. Sedarkan diri aku yang aku ni tak penting and not even ada dalam friendlist dia.

Aku hilang like, 2-3 month tanpa contact diorang. Then, i started to get in touch dengan diorang balik pada awal tahun 2017. Aku dah start okay and matang kot? First aku get in touch ngan Wani rasenye dekat ig. Entah aku pun tak ingat. kitorang chat macam dah takde hari esok. Ahahaha. Then, aku pun start chat dengan Sarah. Aku chat sebab dia pun dah nak pindah MRSM because dapat 10A's. Aku? aku dpt 6A's aja. Tak sepandai dia. Aku chatlah tanya khabar and pasal mrsm dia tu. Kitorang still chat sampailah dia pndah mrsm. Dia ceritalah satu-satu yang dia masuk sukan itu lah, sukan inilah. Ahahaha. Aku happy tau yang die selamat. Aku risau sebab die selalu menangis. Kalau sama sekolah, everytime aku nampak die menangis, aku boleh chat and tanye. Tapi bile dah pindah mrsm, susahlah aku nak tahu keadaan dia kan. Apa yang aku boleh buat adalah nasihat je dia and paling penting, jaga diri dari lelaki-lelaki dekat sana. Yelah lah, crush nak pindah, mana tak risau...Silap hari bulan, kena kebas. Ahahaha. 


We still in contact sampai satu tahap die tak balas msg aku. Ye, aku kembali ke JK World. Aku ingatkan yang die dah taknak chat aku. Aku pun Redho walaupun sebenarnya tak boleh terima.
Lama jugaklah... dalam beberapa bulan jugak. Tiba-tiba dia msg aku. Waktu tu aku tengah Tahlil. Hilang khusyuk aku. ahahaha. Haish si Sarah ni. Walau pun aku beribu kali JK dengan dia, bila die chat aku, semuanya berubah macam waktu first time aku tengok die. Aku lupa semuanya. And Again, kitorang on contact dalam whatsapp pulak. Dia msg aku and tunjuk kat aku kawasan sekolah die. Pas keluar die. Ahahaha. Kau takkan percaya sebab untuk seorang yang ayu , pas keluar die cukup jahanam XD. Tak sangka, ahahaha. Kitorang chat sampai habis tahun tu.

Di penghujung tahun 2017, aku ada chat dengan Wani. Aku cerita pasal Sarah and tell her that aku suka Sarah. And Wani balas macam Ofcourse lah Sarah minat aku. Dia macam konfiden tapi dalam masa yang sama, dia sedih. Aku jadi curious and tanye die kenapa dia konfiden sangat pasal Sarah suka aku. And he told me that, bile aku hilang lepas die tipu aku, die ada tanye pasal aku dekat Wani. Sarah told Wani that die terpaksa tipu sebab taknak aku sedih and also Sarah cakap dekat Wani yang die sebenarnya suka aku. Last die pesan kat Wani jangan bagitahu aku yang dia tanya pasal aku kat Wani.

Malamm tu aku berderau darah and tak boleh tidur. Adrenalin dalam badan aku mengalir tak henti. Jantung aku berdegup kencang dan aku tak boleh tidur. Aku tanye Wani banyak kali, betul ke apa yang die cakap tu. Die cakap, buat apa dia nak tipu, bende betul. Sumpah macam mimpi jadi nyata. Crush kau minat dekat kau balik weyh!!!. But still, aku tak sure dengan apa yang Wani cakap tuh...

(updated 2022: YES, Wani tipu aku...)


Okay sampai sini ajalah hari ni. Nanti aku sambung cerita balik. Kalau ada apa-apa, comment lah kat bawah. Cuba bagi pendapat korang pasal hubungan aku ni. Messeup kan? Even sekarang realtime pun aku tak tau apa perasaan dia dekat aku... Goodbye and goodnight ^  ^